Tuesday, June 3, 2008

Dewan Undangan Negeri Pahang

Jawapan Bertulis
Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Kedua Belas
YB. ENCIK CHOONG SIEW ONN
ADUN KAWASAN TRAS:
SOALAN 8:
Sila nyatakan berapakah hutang Kerajaan Negeri Pahang kepada Kerajaan Persekatuan
JAWAPAN:
Sehingga 31 Disember, 2007, jumlan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM 1,908,450,000.00 (Satu Bilion Sembilan Ratus Lapan Juta Empat Ratus Lima Puluh Ribu). Daripada jumlah tersebut, tunggakan bayaran balik adalah berjumlah RM 412,870,369 (Empat Ratus Dua Belas Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Ribu Tiga Ratus Enam
Puluh Sembilan).

SOALAN 9 :

Mengapakah Kerajaan Negeri Pahang tidak luluskan dengan lebih segera kepada pemohon tanah pertanian oleh penduduk di jerkoh , Benta untuk tujuan pertanian sedangkan kerajaan Persekutuan menggalakkan ?
JAWAPAN
Perkara mengenai urusan tanah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan . Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk melupuskan dan menghabiskan tanah tanah kosong kerajaan yang ada pada masa ini .
Maklumat Tambahan :
Jumlah permohonan tanah pertanian di jerkoh Benta dari tahun 1898 hingga 2004 adalah seperti berikut :-
Permohan Hakmilik Jumlah 76 kesemuanya status DITOLAK
Permohan Lesen Pendudukan Sementara ( LPS ) Jumlah 106 Kesemuanya status DITOLAK
kesemua permohanan tanah ini telah pun ditolak disebabkan kedudukan tanah yang dipohon berada di luar kawasan perancangan pembangunan .
SOALAN 10
Bilakah Kerajaan Negeri Pahang akan memberi cuti AM bagi Hari Thaipusam ?
JAWAPAN
Jadual Pertama Akta Hari Kelepasan 1951 ( Akta 369 ) telah memperuntukkan sebanyak 13 hari bagi Hari Kelepasan Am Persekutuan .Kerajaan Negeri pula telah memperuntukan 4 hari bagi Hari Kelepasan Negeri iaitu Cuti Tahun Baru , Hari Hol , Nuzul Al-Quran dan Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang menjadikan jumlah keseluruhan Hari Kelepasan Am Negeri Pahang sebanyak 17 hari . Sehubungan dengan itu , Kerajaan Negeri tidak bercadang menambah jumlah hari kelepasan am bagi negeri ini .
SOALANN 11
Bilakah perindustrian-perindustrian ringan dan berat akan dibawa masuk ke Daerah Raub ?
JAWAPAN
Pelbagai program promosi sentiasa dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menarik pelaburan ke Negeri Pahang dan tidak ketinggalan ke Daerah Raub . Penempatan Taman Teknologi Malaysia di Daerah Raub bagi industri berasaskan herba dan rantaian indutri berkaitan menunjukkan keperihatian Kerajaan Negeri dalam membawa masuk limpahan ekonomi ke Daerah ini dan diharapkan akan menjadi pemangkin bagi menarik pelabur .
SOALAN 12
Bilakah Kerajaan Negeri akan memberi geran ( Hakmilik ) kepada kuil kuil Hindu dan tokong tokong Cina ?
JAWAPAN
Kerajaan Negeri tidak sewenang-wenang untuk memberi hakmilik kepada mana mana pihak atau individu . kebanyakan kuil kuil Hindu dan tokong tokong Cina direzabkan dibawah seksyen 62 kanun Tanah Negara dan di bawah kawalan YB Setiausaha Kerajaan Negeri .
Maklumat Tambahan :
Surat Pekeliling YB SUK.PHG Bil. 15/85 - Peraturan memproses Permohonan Tanah dan Pelan Bangunan Untuk Pembinaan Gereja , Kuil dan Tokong .
SOALAN 13
Adakah Kerajaan Negeri Pahang akan mengawal pembalakan di kawasan berkecerunan tinggi dan berdekatan dengan punca pengaliran air ?
JAWAPAN
Kerajaan Negeri akan sentiasa mengawal aktiviti alam semulajadi dan kawasan-kawasan berkecelunan tinggi .komitmen ini dapat dibuktikan dengan mengawal pembangunan di kawasan kawasan tersebut melalui : -
- Penyediakan Rancangan Tempatan Daerah ( RTD) di semua daerah di Negeri Pahang . Pelan ini akan menyediakan zon zon gunatanah termasuklah kawasan kawasan sensitif Alam Sekitar yang dikenalpasti dalam kategori 3 dan 4 yang mana semua pembangunan dikawasan tersebut perlu mematuhi Garis Paduan Perancangan Pemeliharaan Topografi Semulajadi ; dan
-Mewajidkan pemaju mengemukakan Laporan Cadangan Pemajuan bagi permohonan yang melebihi 5 ekar dan ke atas . Laporan ini akan menyediakan analisis tapak bagi kawasan yang akan dimajukan . Ini penting untuk memastikan pembangunan kawasan dilaksanakan dengan baik .
-Kerajaan juga menerima pakai Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Tinggi bagi pembangunan di kawasan Tinggi yang melebihi 300 meter iaitu bagi kawasan berhutan dalam Hutan Simpan kekal yang mempunyai ketinggian 1000 meter dari paras muka laut dan ke atas hendaklah dikekalkan sebagai hutan Perlindungan Tanah dan Hutan Tadahan Air .
Berdasarkan kepada peruntukan di bawah Seksyen 34 A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan perintah Kualiti Alam Sekeliling ( Aktiviti Yang Ditetapkan ) ( Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling ) 1987 , aktiviti pembalakan seperti berikut adalah tertakluk kepada penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling ( EIA) yang akan dinilai oleh Jabatan Alam Sekitar :-
SOALAN 14
Apakah cara Kerajaan Negeri Pahang mengawal guru guru dari menceburi dalam bidang politik dan menjadi Ahli-Ahli Majlis Daerah / Ahli-Ahli Majlis Perbandaran dan ketua Kampung ?
JAWAPAN
Pelantikan seseorang Ketua Kampung dibuat berdasarkan beberapa kreteria antaranya mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam pembangunan masyarakat , mendapat kepercayaan dan penghormatan daripada majoriti penduduk seta mempunyai aliran pemikiran dan daya kepimpinan yang dapat diterima oleh masyarakat dan kerajaan .
Jika ada pengawai dan kakitangan kerajaan yang dilantik sebagai Ketua Kampung , ianya tidak menjadi halangan kerana jawatan Ketua Kampung merupakan jawatan sukarela dengan syarat ianya dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemilihan Daerah ( dipengerusikan oleh Pengawai Daerah dan Ahli ahli terdiri daripada YB Wakil Rakyat ) dan seterusnya diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan ( MMK )
Sementara itu , berdasarkan Seksyen 10(2) , Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) , tiada halangan bagi seorang guru untuk menjadi Ahli Majlis Daerah / Majlis Perbandaran .Walaubagaimanapun , ia masih tertakluk kepada kebenaran daripada ketua jabatan .
Kerajaan tidak boleh menghalang mana mana kakitangan termasuklah guru guru daripada menyertai atau menceburi bidang politik .Namum demikian Kerajaan telah menetapkan garis paduan yang perlu diikuti oleh kerajaan termasuk guru guru jika mereka ingin bergiat dalam politik .Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 1996, Permohonan Oleh Pengawai Pengawai Awam Untuk Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik menjelaskan bahawa pengawai dalam kumpulan sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa apa jawatan dalam mana mana parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan .
Pengawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dibenarkan bercuti sehingga ke tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan cuti rehatnya yang terkumpul boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dengan syarat mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan .
Bagi melalukan pekerjaan luar seperti menjadi Ahli Majlis Daerah dan Perbandaran atau Ketua Ketua Kampung mereka adalah tertakluk kepada pekeliling yang sedia terpakai dan mendapat kelulusan secara bertulis daripada Ketua Jabatan berdasarkan jenis jenis pekerjaan luar yang diluluskan .
SOALAN 15
Apakah projek yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk meningkatkan hasil pendapatan anak Pahang ?
Pelbagai projek dirancang bagi meningkatkan hasil pendapatan anak Pahang khususnya bagi meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial bagi anak Pahang . Projek yang dirancang adalah bertujuan untuk mengukuhkan penggerak ekonomi utama sedia ada seperti program di bawah ECER dan RMke -9 dengan memajukan sumber pertumbuhan baru dalam setiap sektor seperti sektor pelancongan , pembuatan , pertanian , pendidikan , pengankutan dan infrastruktur , hartanah dan pembinaan , dan pemuliharaan alam sejitar . Melalui projek tersebut rakyat Negeri Pahang berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi dan meningkatkan pendapatan serta taraf kehidupan mereka .
SOALAN 16
Berapakah projek yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang telah gagal dan mengalami kerugian dalam 10 tahun yang lepas ?
JAWAPAN
Setakat ini tiada projek yang ditakrifan gagal bagi projek projek pembangunan dan projek projek anjuran Kerajaan bersama agensi-agensi terlibat .
SOALAN 17
Berapa projek gergasi seperi Dewan Balai Raya di Mempaga , bangunan meletak kereta di Bentong yang masih dalam keadaan tidak aktif setelah sekian lama disiapkan ?
JAWAPAN
Dewan Serbaguna Mempaga telah dibina pada Mei 2003 dan disiapkan pada September 2004
Walaubagaimanapun ianya tidak dapat digunapakai kerana terlibat didalam kes yang berkaitan Mahkamah dan belum selesai .
Bangunan Tempat Letak Kereta telah dibina pada Ogas 2002 dan disiapkan pada Mei 2005
Walaubagaimanapun ianya tidak dapat digunakan kerana pelan " AS -Built " tidak dikemukakan oleh pihak perunding projek dan menyebabkan bangunan tersebut tidak boleh digunakan .
SOALAN 18
Apakah rumusan untuk memajukan sektor pertanian di kawasan Pahang Barat ?
JAWAPAN
Kawasan Pahang Barat terdiri dari 8 Daerah termasuk Cameron Higlands merupakan kawasan nadi utama bagi pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi , bunga-bungaan , buah-buahan , herba , ternakan dan ternak air . Justeru itu , Kerajaan amat mengambil berat tentang pembangunan pertanian bagi kawasan kawasan tersebut .Antara perancangan yang telah dilaksanakan melalui Jabatan dan agensi pertanian adalah seperti berikut : =
  • Pengujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan disemua daerah bagi memastikan pengeluaran Industri buah buahan berterusan .
  • Memajukan tanah terbiar melalui program kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian ( ACDA )
  • Menggalakan pemeliharaan ternakan secara integrasi di dalam kawasan kelapa sawit sedia ada .
  • Tumpuan kepada ternak ikan sangkar di kawasan yang berpotensi disepanjang Sungai Pahang
  • Menjalankan khidmat akreditasi sayur sayuran , buah buahan dan bnga bungaan bagi mejamin bahan keluaran mengikut piawaian yang ditetapkan .
  • Galakan penanaman herba dengan adanya Taman Teknologi di Raub yang memberi tumpuan kepada R&D herba
  • Galakan memajukan Agro dan Eco tourism di kawasan kawasan Pahang Barat yang kaya dengan flora dan Fauna
  • Galakan Kepada pembangunan Industri asas tani bagi memberi nilai tambah kepada produk pertanian yang dihasilkan .

JAWABAN LISAN
SOALAN 5 ( HARI KEDUA 21 hb Mei 2008)
Perkhimatan rawatan pesakit jantung tidak memuaskan di hospital Daerah di Bentong dan Raub , Apakah tindakan untuk mengatasinya ?
JAWAPAN OLEH YB, PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN , ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN
Mengikut statistik pada tahun 2006 kadar kematian akibat serangan sakit jantung di Hospital Bentong 9.8 % , Hospital Raub 1.9 % sementara kadar kematian untuk peringkat Negeri Pahang adalah sebanyak 9.7 % .Untuk statistik tahun 2007 kadar kematian serangan jantung bagi Hospital Bentong 9.8 % , Hospital Raub 5.5 % sementara kadar kematian untuk peringkat Negeri Pahang adalah 11.3 % .
Hospital Daerah Bentong dan Raub adalah hospital tanpa pakar seperti hospital daerah lain ia tidak mempunyai unit khas untuk rawatan penyakit jantung seperti CCU ( coranary care unit ) .walau bagaimanapun mereka mempunyai kemudahan asas diagnosa seperti ECG, penyiasatan darah dimakmal dan alat rawatan kecemasan jantung seperti defibrillator dalam mengendalikan kes kes tersebut .
Pengawai perubatan yang bertugas di hospital Daerah adalah berkebolehan untuk membuat diagnosa dan memulakan rawatan awal pesakit jantung . Panduan dan protokol yang disediakan oleh pakar juga diedarkan kepada semua hospital bagi kegunaan mereka sebagai rujukan . Pengawai perubatan boleh berbincang dengan pakar hospital rujukan bagi mendapatkan nasihat dari segi diagnosis dan rawatan melalui telefon bila perlu . Kemudahan mesin faks juga disediakan di hospital tersebut jika mereka menunjukan graf ECG kepada pakar pakar di hospital rujukan .
Untuk rawatan lanjut dan rapi , semua pesakit jantung akan dirujuk ke Hospital Pakar sama ada Hospital Temerloh atau Kuala Lumpur . Sebelum mereka dirujuk ke hospital tersebut keadaan pesakit mesti distabilkan lebig dahulu dan mereka akan ditemani oleh anggota yang kemahiran dalam rawatan kecemasan semasa dalam perjalanan.
Bagi meingkatkan pengetahuan dan kemahiran pengawal dan anggota dalam rawatan penyakit khususnya kecemasan perubatan program latihan dijalankan secara berterusan sama ada secara dalaman atau "attachement " di hospital pakar .
Lawatan pakar disediakan dari Hospital Kuala Lipis bagi setiap bulan di kedua dua hospital ini . Secara khusus kepada Hospital Bentong , perkhidmatan telah ditingkatkan kepada sekali seminggu mulai pertengahan Mei 2008 dari Hospital Kuala Lumpur .
SOALAN 5 ( HARI KETIGA 22 hb Mei 2008 )
Tempat pelupusan sampah di Cheroh Raub , Bilakah akan dipindahkan
JAWAPAN
Tapak pelupusan sampah yang sedia ada di Jalan Cheroh akan tamat tempoh pada 2011. Pada masa ini , pihak Majlis Daerah Raub dalam usaha untuk menaiktaraf tapak pelupusan sampah di Sungai Ruan seluas 3.4 Hektar dengan memohon peruntukan sebanyak RM 3.2 juta daripada kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan . Apabila peruntukan diluluskan , tapak pelupusan sampah di Cheroh akan ditutup dan hanya ditumpukan di Sungai Ruan Sahaja .
SOALAN 3 ( HARI KELIMA 26 Mei 2008 )
Mengapakah di sektor awam tidak ramai bukan bumiputera bekerja ?
JAWAPAN
Tidak ramai dari kalangan bukan bimuputera yang memohon ; Ada yang memohon tidak mempunyai kelayakan yang sesuai ; Gagal dalam temuduga kerana gagal menjawab soalan soalan temuduga ; pengetahuan am kurang dan kurang mahir dalam berhahasa melayu.
SOALAN 2 ( HARI KE ENAM 27 hb Mei 2008 )
Berapakah tanah yang dipohon untuk kegunaan pertanian belum diluluskan ?
JAWAPAN
Melaui maklumat yang diperolehi dalam sistem Permohonan dan Pemantauan Tanah ( LAMS ) adalah sebanyak 44,031 permohnan tanah bagi kegunaan pertanian yang belum diluluskan .
SOALAN 5
Apakah cara kerajaan Negeri Pahang memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengamalkan sistem kitar semula ?
JAWAPAN
Antara yang dilalukan adalah : -
  1. kempen kitar semula kepada golognan sasaran seperti sekolah , kawasan Rukun Tetangga , NGO , Pra Sekolah iaitu dengan oenglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang .
  2. Melaksanakan kempen kepada orang awam serta penglibatan dalam program Jom Heboh .
  3. Kempern Alam Flora Sdn Bhd di kawasan perumahan melalui progra, ( Buy Back Centre ) dan pusat pengumpulan barang barang terpalai di pusat membeli belah dan Hotel MS Garden .
  4. Melalui aktiviti inisiatif komuniti & program Pendidikan satu Pusat 3R ( Recycle , Reuse . Redure ) komuniti telah ditubuhkan bagi meningkatkan penyertaan awam dalam pengurusan sisa pepejal .
  5. penempatan tong tong kitar semula di tempat tempat awam seperti sekolah sekolah dan taman didikan kanak- kanak

No comments: